Words for Today :

Loyalty is not won by being first. It is won by being the best.
- Suhaidahhjkamis - 9 February 2017.

Rainbow Cake


Assalamualaikum, Okay . Nak kongsi resepi ini pulak ! Hee. Rainbow cake. atau nama panjang dia,. Kek span pinggan. Ehh, Hahahaha, Kek span pelangi ! Haa :)

Okay,  bahan-bahannya.

BAHAN A
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (Tepung kek)
  • 1 cawan gula halus
  • 1sudu besar ovalatte
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
BAHAN B
  • 15gm/18ml mentega cair
  • 80ml susu segar
BAHAN PEWARNA.

BUTTERCREAM
  • Putih telur
  • 13/4 cawan gula /gula aicing
  • 2cawan butter
  • 2sudu kecil vanilla.
Cara-caranya
  • Campurkan semua bahan A , pukul pada kelajuan tinggi sampai kembang/ringan. 5 minit sampai jadi fluffy.
  • Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu. pukul lagi . Kelajuan tinggi 5 minit.
  • Masukkan mentega cair, gaulkan guna senduk sehingga sebati.
  • Buat 7 adunan, bahagi sama rata. 
  • masukan pewarna. Ikut warna apa yang korang nak . 
  • Masukkan adunan dalam loyang, (Sebelum tu, kat loyang tu, letak kertas dan sikit minyak untuk memudahkan lagi kek tu nak keluar dari loyang.)
  • Bakar 12 minit dengan suhu 160-170'c
Contoh warna dan kek yang dah jadi. :)


Okayy, loyang tuu, depends pada korang, nak bentu apa, nak tinggi  ke, dan pendek ke. huu. Kalau macam aku ni, setiap warna, aku potong dua. so dapat dua kek lah. :)

Buat butter cream pulak, Campurkan semua barang-barang tu, putar sampai sebati, sampai gebu. :)
So, letak cream kat setiap slice kek tuu. macam dalam gambar bawah ni.


Okay. Barang hiasannya/topping, Coklat M&M dan coklat rice. Hee. So jadilah Rainbow kek ! Selamat mencuba ye budak-budak !~ Hee .




Tata, Assalamualaikum :)

Popular Posts