Words for Today :

Make yourself a priority this time.
- Suhaidahhjkamis - 25 September 2023.

Pavlova

Assalamualaikum ! Haii ! Hehehehe. Hari ni aku bergitu baik hati nak kongsi resepi Pavlova ! Hee. Sweet and sour dessert. Sedap . comfrim sedap ! Even kat blog orang lain mybe sama aje resepinya, aku tetap nak kongsikan jugak kat blog aku ni. Okay lets start !


Yummy right ? Okayy. 

Kita perlukan

"MERINGUE"
  • 4 Biji telur (putih telur sahaja)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu cuka makan
  • 1 sudu teh esen vanilla (satu tutup)
"TOPPING"
  • 1/2 cawan whipping cream. (Whipping cream yg jenis semprot tuu, kau agak-agak aje jumlah dia bila kau nak letak atas meringue tuu.Tak ikut cawan pun takpe.)
  • Buah-buahan segar (Strawberi,Kiwi,anggur,apricot, Apa-apa pun boleh.)

 Okay, kemudian, kita pergi ke cara-caranya pulak ! :)

Mula-mula pukul putih telur sampai berbuih macam sabun. Pastikan diputar pada kelajuan maksimum okay ? :) hee.

Lepas tu, masukkan gula, sikit sikit, Masuk putar, then masuk lagi, putar lagi. sampailah gula habis.

pukul meringue tu sampai putih berkilat, dan cubaa terbalikkan meringue tu, kalau tak jatuh, kira jadiklah.
Haa, lebih kurang kilat macam bawah ni ...

lepastu, masukkan tebung jagung, cuka dan esen vanilla dalam meringue tu tadi, guna senduk, stir laju-laju ! dah settle, amek baking paper, buat bulatan kat kertas tu, haa, kat sini aku cuma guna kertas A4. dan masih berfungsi. Ekekekeke. but, kat loyang tu kau letaklah minyak sikit, bagi meringue tu tak melekat kat kertas. :) hee.

Okay, panaskan oven selama 15minit dengan suhu 150'c. Lepastu turunkan 140'c dan bakar meringue tu dalam 1jam. kalau dah siap, biarkan meringue tu sejuk dalam oven. Tak pun, keluarkan, tapi biarkan dia sejuk dulu :).


Lepas dah sejuk, Letaklah whipping cream dulu ! Oh ye, time kite tengah tunggu meringue tu masak, kita boleh potong buah dulu :) hee.

ha, contoh whipping cream. 
yang ni tawar sikit dari sebelum ni, sebelum ni, aku beli, dia macam aiskrim, manis dan sejuk. dan yang ini, dia bercream dan tawar sikit. Hee. :) So ini betterlah walaupun yang dulu tu lagi manis dan sedap. :) 

Pukul whipping cream atas meringue tu sampai kental. Sebab, whiping cream ni akan kembang tau. Lepastu, letaklah buah yang dah siap potong tuu. Nak lagi sedap, lepas dah siap, Masukkan dalam esbok dulu. Hee :)

Sorry quality gambar tak lawa, sebab camera problem. sigh.




Okayy, look, inilah meringue nya. Tengok tuuu, dia naik, yang putih tu, dia moise sangat ! Hee.  Okayy, Selamat mencuba ye kawan-kawan ! Kalau dah cuba tu, sharelah kat aku gambarnya !~ :) Hee.

Okay. Tata Assalamualaikum :)

Popular Posts