Words for Today :

Loyalty is not won by being first. It is won by being the best.
- Suhaidahhjkamis - 9 February 2017.

Kek batik gulung.

Assalamualaikum ! Hee. Seperti yang dijanjikan di Twitter, So here we go ! Kek Batik bergaya ! Hahahaha, sebab dia gulung. Lol. Hehehehe.Okayyy, mari Mula !

Resepinya sama aje macam kek batik yang lain, yang bezanya aku tak letak dalam loyang, aku bungkus pakai plastik, lebih memudahkan untuk kita potong. Nyamm3.

BAHAN

  • 1 paket Milo kecil
  • 1 paket Biskut Marie
  • 1 ketul butter 250g
  • 1/2 tin susu pekat manis.
CARA-CARA
Panaskan periuk/kuali korang, masukkan butter, milo dan susu pekat. Gaul laju-laju jangan sampai berketul okeh ? Kalau berketul, korang cubalah untuk pisah-pisahkan ketulan tersebut. :)



Kemudian, Kalau dah mendidih, Masukkan Biskut Marie :) Jangan lupa patahkan dulu biskut Marienya sebelum korang masak bahan-bahan kat atas ni tauuu, Jangan nak masukkan baru nak patahkan.


Dah masukkan biskut Marie tersebut, gaul sampai rata k ! Pastikan Keseluruhan Biskut Marie kena coklat tadi. :) Macam ni .

K, Aku faham, ada yang macam tak kena sangat tuu. Hehehe :P 

Jangan lama-lama sangat atas api. Tau ? 

Angkat periuk,pastu,. Ambil plastik. Buat macam ni


Letak atas plastik, agak-agak kuantitinya.
lepastuu,..


Tekap-tekapkan Biskut tadi, Rapat-rapatkan, suapaya takda rongga-rongga udara. Hehhe.
Lepastuu..


Make sure dah rapat semuanya, dah mampat semuanya. Gulung dan ikat kedua hujungnya. Macam bungkus gula-gula tuu. Tak pun macam bungkus pocong. Pocong cekelet. Kekekeke. xD
Lepas dah ikat kedua hujungnya, Kau gelekkanlah dia, untuk pastikan dia betul-betul rata. 



Dan Masukkan dalam esbok ! :) Bagi dia sejuk sikit, beku sikit, pastu dah boleh makan ! Yey !

Dan inilah hasilnya !


Bila kau gulung, Lebih memudahkan korang untuk potong kek batik ni ! Dan bentuknya pun, Omey Angatt !~ Hehhe xD

Okayy, selamat mencuba ! Tata Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts